Banggenya Jadi Warga Unimapian



Bangun pagi jer, terkejut dengan berita gempar lagi menggembirakan especially buat seluruh warga UNIMAP, banggo eden walaupun tu bukan jurnal den....hehehhee

Visi Universiti Visi Berintegriti,
Dinamik Bangsa Berinteraksi,
Visi Kita Smua Membina Jiwa Minda,
Sama Semangat untuk Negara...

Gitew, rase nak nynyi lagu ni kuat2 dgn pnuh bersemangat....hemo hemo

Jom 2 kite review apekah berita Gempar lagi Mengejutkan nie....yeahhhhh


JURNAL UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS ANTARA TERBAIK DUNIA





KANGAR 29 Dis. - Jurnal terbitan penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merangkul anugerah Computer Simulation Technology (CST) University Publication Award 2011 baru-baru ini yang meletakkannya sebagai salah sebuah daripada empat artikel terbaik di dunia dalam bidang elektromagnetik.

Artikel bertajuk Setup and Results of Pyramidal Microwave Absorbers Using Rice Husksditerbitkan dalam jurnal 'Progress in Electromagnetic Research' (PIER) pada Disember 2010 itu adalah hasil projek yang dilaksanakan oleh Nornikman Hassan.

Ia diselia oleh Dr. Mohd Fareq Abd. Malek (penyelia utama) manakala Soh Ping Jack dan Azremi Abdullah Al-Hadi bertindak sebagai penyelia bersama.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan tersebut meningkatkan kredibiliti UniMAP di peringkat antarabangsa.

"Kejayaan ini tambah bermakna memandangkan UniMAP merupakan penerima anugerah tersebut yang pertama di kalangan IPT (institusi pengajian tinggi) di Asia Tenggara dan artikel berkenaan akan direkodkan sebagai rujukan di laman web CST," katanya di sini.

Selain itu, kata beliau, UniMAP akan menerima dua lesen penuh perisian CST percuma selama setahun.
"Hanya empat jurnal dipilih untuk menerima pengiktirafan ini dan UniMAP bangga menjadi salah sebuah dari empat penulisan jurnal terbaik dunia.

"Ternyata usaha UniMAP menggalakkan penulisan jurnal di kalangan kakitangan akademik membuahkan kejayaan yang membanggakan," ujar beliau.
Tiga lagi universiti yang menerima pengiktirafan tersebut bagi tahun ini adalah dari Perancis, Amerika Syarikat dan Ireland.

BERITA SELANJUTNYA JOM DI UTUSAN MALAYSIA ONLINE

3 comments:

akubest501 said...

folow sini jgk....tq

Liyana Z said...

bangga!!
tudia..cunnya blog dia!! blink3!!

atin..mami tag atin utk giveaway..hehe

Liyana Z said...

atin..mami tag kamu lg! moh la join..hehe

Tinggal Link Cinie Yer, Macehhh